Donut Simple dan Gebu...Tanpa Telur

Mood bulan puasa ni macam biasa la....Sal masuk dapur je...semalam terlewat balik lagi...sabar je la...sebelum tu sambil buat keja...kepala dok ligat fikir nak buat kuih apa...sambil jeling jeling jam yang dah hampir ke pukul 6...sobs..sobs..

Sangat kelam kabut...tapi Sal gigihkan jugak buat donut...sepantas kilat sebab bahan bahan pun dok ada kat dapur...cuma nak uli je...lagipun anak anak memang suka makan donut...alang alang buat lebih sikit...so boleh simpan separuh untuk goreng kemudian...

Korang pun boleh buat cuma Sal nak cepat...so takde lah perap lama sangat tapi hasilnya not bad gak...lembut dan sedang elok naiknyer....mula tu risau gak...takut keras...Alhamdulillah....syukur jadi....

Resepi pun Sal google gak...jom la try buat....mudah dan ringkas

Bahan-Bahan:

1 paket yis kering*
2 sudu susu pekat*
1 cawan air suam*
2 sudu gula*
*campurkan bahan bahan ni dan biarkan kembang sekejap

Sambil tu kita pulun uli buat bahan ni pulak.....
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara-cara:

Ramaskan bahan bahan ni hingga jadi macam serbuk roti...kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata

Biarkan selama 1 jam...tapi Sal nak cepat...Sal perap 45 minit je... Pastikan bekas ditutup ye..

Adunan memang lembik sikit tapi jangan risau ye.. jangan tambah tepung pulak ye....keras jadinya...

Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin.... kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.... Sal pakai terap segera...mudah dan cepat...nak buat bagai kang takut tak sempat...waktu berbuka dah hampir...kira macam waktu kecemasan dah ni...hehehe

Akhir sekali.... biarkan selama 30 minit donut yang telah diterap.. Lepas tu boleh dah goreng....

Cuba....jangan tak cuba ya...

Sumber: DariDapurAida
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Ayam Percik Mudah Dan Ringkas

Baru ni kan....Sal teringin nak buat sendiri ayam percik...fikir susah je dalam kepala otak...hehhehe....ape lagi ..time bulan puasa ni nak beli kat bazar...malas nak bersesak...so nak tak nak kena try jugak...

Mula la misi meng'google...biasala kaum ibu ni kan...nak kata skill masak tu power idakla jugak tapi pada Sal try & error je...selagi tak try...mana kita nak tahu yang kita ni boleh masuk dapur ....kannn..kannnn.....dan lagi satu...sedap tak sedap belakang citer...

Bila dh jumpa resepi....melopong gak mulut...sebab bahan bahan nak masak ayam percik mudah rupanya..tak caya meh baca....

 Bahan-Bahan:

1 ekor ayam, dipotong 4

   Bahan untuk kisar halus (perapan):

6 ulas bawang merah
1 batang serai
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
2 cm halia
Bahan untuk kuah percik:

3 cawan santan pekat
1 batang serai
2 cm halia
4-5 tangkai cili kering (Sal guna cili boh je)
8-10 ulas bawang merah
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit asam jawa

Cara Masak:

Untuk Ayam:
  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.
Untuk Kuah:
  1. Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
  2. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Tips: Kuah lagi sedap jika rasa sedikit manis. Lebihkan gula di dalam kuah percik.

Dan hasilnya lepas Sal cuba............ni gambar selepas bakar


Dan yang ni pulak bersama dengan kuah....


Percubaan pertama Sal gak ni...senang je ha....ace try oke !!

Sumber: IResipi
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Talam Gula Merah Sedap ...Loyang Kecil

Bila bulan puasa ni...macam biasa...penuh entri dengan menu.... Sal macam biasa la...suka try & error...macam baru ni Sal try buat seri muka...tapi sayangnya tak berapa menjadi...tapi takpe...Sal akan buat jugak lain hari...tak puas hati rasa bila tak menjadi...

Dan untuk kesekian kalinya...Sal try buat Talam Gula Merah...buat dalam loyang kecik je sebab takut tak menjadikkkkk.....heheheh....

Memula tu berat jugak hati nak buat...yelah, ingatkan susah...rupanya mudah sangat dan serba ringkas bahan bahannyer...semalam kebetulan balik opis lewat....so tabahkan hati jugakla buat...ingatkan tak sempat dah...masa mula mula nak kukus tu risau gak..takut bahagian atas merekah....

Alhamdulillah...akhirnya..



Resepi Sal sertakan sekali ya:

Lapisan Bawah:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air gula merah 
(1 1/2 cwn gula merah+1/2 cawan gula pasir+1cawan air) dimasak dan sejukkan
2 cawan santan cair

Lapisan Atas:

1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan
4 sudu besar tepung jagung
1sudu kecil garam

Campur semua bahan dan panaskan sebentar.. sentiasa dikacau... sekadar panaskan sahaja dan diingatkan jangan sampai adunan bergentel

Cara cara:

Sapu sedikit minyak ke atas loyang dan masukkan lapisan bawah dulu 
Kukus 10-15 minit
Lepas lapisan bawah masak dan agar keras sedikit...gunakan garfu dan lorekkan sedikit atas permukaan lapisan gula merah tu

Kemudian tuangkan adunan lapisan atas dan kukus hingga masak..Sal kukus dalam 20 minit..

*Untuk menghasilkan permukaan yg cantik dan rata, penutup kukusan dibungkus dengan kain. Setelah betul betul sejuk baru boleh dipotong.

Mudahkan...Sal dah berjaya buat...apa kata korang try jugak...

Sumber: AsyifaMustaffa
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Resepi Pau Inti Kelapa Simple dan Sedap

Salam Ramadan semua....Alhamdulillah....diberi keizinan dari DIA untuk merasai Ramadan pada tahun ini...syukur...rebutlah peluang yang ada melalui pengisian ke arah kerohanian dalam bulan yang penuh keberkatan ini...Insha Allah....

Dan untuk mak mak dara...pasti sentiasa terfikir nak berbuka dengan menu apa kan...camtu jugakla dengan Sal ni ha...kekadang naik pusing kepala....cuma Sal ni suka try resepi yang mudah je...bila simple...bahan pun senang...

Nak beli kat bazar Ramadan...bukan tak nak tapi lebih berpuas hati nak buat sendiri...ala...setahun sekali je kannnnn....hehehe...jangan nak pening sangat sebab Mr Google boleh bantu...banyak resepi hanya dihujung jari anda !! 

Pada yang pening nak buat kuih apa harini...meh kita try buat pau...simple je bahan dan cara buat pun senang....

1st time Sal try buat pau....

Bahan-Bahan:

1 kg tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)

Bahan Dilarut Bersama:

1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak masak
2 1/4 cwn air
11 gm yis
1 sudu  makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur
**Inti pilihan anda

Cara-cara:
Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan baking powder.

Kacau bahan di atas hingga gula larut.

Tuangkan sikit2 ke dlm tpng hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.

Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.

Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus.

Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus.

Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan.


***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih. 

Sal amat berterima kasih kepada rakan rakan blogger yang sudi share resepi...ilmu memasak ni pada Sal sesuatu yang perlu dipelajari dan praktis..yang penting ada usaha ...

Selamat Mencuba!!

Sumber: yatiememories
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © - Kisah Pondok Kecil - Designed by azhafizah.com